Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar Mohammed bin Abdulrahman mengumumkan pada petang Rabu kejayaan pengantara mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, dengan pelaksanaannya dijadual bermula Ahad ini. Foto fail AFP

Gencatan senjata di Gaza bermula Ahad

ByBernama

ISTANBUL, 16 Jan: Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar Mohammed bin Abdulrahman mengumumkan pada petang Rabu kejayaan pengantara mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, dengan pelaksanaannya dijadual bermula Ahad ini, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dalam sidang media yang diadakan di Doha, Mohammed berkata fasa pertama perjanjian itu akan berlangsung selama 42 hari dan melibatkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai pertukaran dengan sejumlah tahanan Palestin yang tidak dinyatakan.

Mohammed turut memaklumkan bahawa Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) “akan berusaha memastikan pelaksanaan perjanjian itu” dengan mekanisme bagi memantau pelaksanaannya serta menangani sebarang kemungkinan pelanggaran.

Menteri Qatar itu turut menyuarakan harapannya agar “tiada operasi ketenteraan akan dijalankan dalam tempoh menjelang pelaksanaan perjanjian itu.” -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan