Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebaik dipilih menyertai projek revolusi Harimau Malaya, Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan, Dr Craig Duncan telah menetapkan misi untuk menjadikan skuad kebangsaan sebagai pasukan paling cergas di Asia. Foto FAM (FB)

Duncan mahu jadikan Harimau Malaya pasukan paling cergas di Asia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Sebaik dipilih menyertai projek revolusi Harimau Malaya, Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan, Dr Craig Duncan telah menetapkan misi untuk menjadikan skuad kebangsaan sebagai pasukan paling cergas di Asia.

Berbekalkan pengalaman luas terutamanya dalam bidang perubatan termasuk di beberapa negara luar sebelum ini, Duncan optimis sasaran tersebut mampu dicapai hasil daripada strategi bakal digunakan yang selari dengan rangka kerja prestasi tinggi bertaraf dunia.

“Secara asasnya, tugas selaku Ketua Prestasi Tinggi adalah menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan sains sukan, sains perubatan, kecergasan, nutrisi dan juga psikologi pemain.

“Bagi saya, semua aspek tersebut amat penting untuk memaksimumkan prestasi setiap pemain bagi membantu tugas Ketua Jurulatih, Peter Cklamovski,” katanya dalam hantaran di laman Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.

Dalam pada itu, Duncan mengakui kagum dengan projek revolusi Harimau Malaya dicetuskan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Beliau berkata kerjasama dengan ahli pasukannya termasuk pakar fisioterapi, jurulatih kecergasan serta bahagian perubatan sains sukan mampu menjelmakan lebih banyak aspek positif dalam pasukan negara.

Selain Duncan dan Cklamovski, projek tersebut turut menyaksikan pelantikan bekas pemain Kanada, Robert Friend selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Harimau Malaya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan