Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Situasi banjir di Johor pulih sepenuhnya setelah tiga pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup di negeri ini. Foto fail Bernama

Banjir Johor pulih, tiga PPS terakhir ditutup

ByBernama

JOHOR BAHRU, 16 Jan: Situasi banjir di Johor pulih sepenuhnya setelah tiga pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan tiga PPS berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pontian; dan Dewan Serbaguna Kahang serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kahang di Kluang.

“Kesemua 230 orang daripada 72 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS tersebut dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini, setelah air banjir surut dan keadaan kediaman didapati selamat.

“Selain itu, keadaan cuaca di Pontian diramalkan hujan, manakala Muar mendung, sementara lapan daerah yang lain dijangka cerah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johor kembali dilanda bencana banjir melibatkan daerah Kota Tinggi, Pontian, Kluang, Kulai dan Johor Bahru susulan hujan lebat berterusan, pada Jumaat (10 Jan) lepas. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan