Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Beluran dan Sandakan hingga esok. Foto hiasan Envato

Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sabah hingga esok

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Beluran dan Sandakan hingga esok.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Johor bermula esok hingga Ahad melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu hingga Sabtu ini manakala di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat hingga esok.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di empat negeri hingga Ahad ini.

Jabatan itu memaklumkan Amaran Kategori Ketiga melibatkan kejadian angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60 kilometer sejam (kmj) dengan ketinggian ombak hingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Amaran angin kencang dan laut bergelora (Kategori Pertama) turut dikeluarkan MetMalaysia bagi kawasan perairan Sarawak dengan angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kmj dan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka berlaku hingga Ahad ini.

Keadaan tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran kenaikan paras air laut yang dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan hingga Ahad dan keadaan itu berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan