Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 60 pelajar dari tiga sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Gersik, SK Pulo Ulu, dan SK Matu Baru terpilih untuk menyertai program Jom Kembali Ke Sekolah

60 pelajar terima bantuan kembali ke sekolah

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 16 Jan: Seramai 60 pelajar dari tiga sekolah rendah merangkumi Sekolah Kebangsaan (SK) Gersik, SK Pulo Ulu dan SK Matu Baru terpilih untuk menyertai program Jom Kembali Ke Sekolah yang berlangsung di SK Gersik.

Program anjuran Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak itu diadakan bersempena permulaan sesi persekolahan tahun 2025.

Pemangku Pengurus Besar LCDA, Kusyairi Bostani berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tahunan LCDA yang bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak.

“Bantuan ini berbentuk baucar bernilai RM200 setiap pelajar bagi pembelian pakaian, stokin, kasut dan alat tulis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Tabung Baitulmal Sarawak turut menyumbang beg sekolah dan alat tulis kepada pelajar.

Pada masa sama, program tersebut turut bertujuan mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan yang terlibat dengan Projek Darul Hana dengan penduduk Kampung Seberang Hilir.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Kusyairi selain turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Hazali Madihi dan Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat LCDA Saiful Bahari Amra Ramly.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan