Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki merakam kenangan bersama hadirin yang hadir pada program pengagihan sumbangan Gong Xi Fa Chai kepada pelajar yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan di Chung Hua Middle School No.4 di sini, hari ini. Foto TVS

271 rumah mampu milik bakal dibina di Segedup dan Kampung Sungai Maong

ByHaleyson Roland

KUCHING, 16 Jan: Sebanyak 271 buah rumah mampu milik bakal dibina di kawasan Segedup dan Kampung Sungai Maong, kata Datuk Ibrahim Baki.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok itu mendedahkan kerja memperluas kawasan terlibat akan dilaksanakan pada pertengahan tahun ini.

Menurutnya kerja-kerja penambakan tanah sedang giat dilakukan bagi memudahkan projek infrastruktur dijalankan.

“Perluasan tanah berkemungkinan akan siap pada pertengahan tahun ini dan seterusnya kita akan memulakan pembangunan,” katanya.

Ibrahim berkata demikian ketika ditemui media selepas program pengagihan sumbangan Gong Xi Fa Chai kepada pelajar yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan di Chung Hua Middle School No.4 di sini, hari ini.

Beliau juga mendedahkan bahawa projek tebingan Sungai Satok akan dilaksanakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Kita akan bermesyuarat bulan depan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak untuk membincangkan masa yang sesuai bagi melaksanakannya kerana peruntukan sudah disediakan,” ujarnya.

Projek pengindahan tersebut melibatkan Kampung Bintangor hingga ke Jambatan Satok yang merupakan kawasan Satok di tebing Sungai Sarawak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan