Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) pada Selasa mengumumkan bahawa ia menyaman jutawan teknologi Elon Musk, mendakwa beliau gagal mengisytiharkan secara tepat pemilikannya terhadap lebih lima peratus saham Twitter sebelum mengambil alih syarikat itu pada 2022, lapor agensi berita Jerman (dpa). Foto fail AFP

SEC AS saman Musk berkaitan pengambilalihan Twitter

ByBernama

WASHINGTON, 15 Jan: Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) pada Selasa mengumumkan bahawa ia menyaman jutawan teknologi Elon Musk, mendakwa beliau gagal mengisytiharkan secara tepat pemilikannya terhadap lebih lima peratus saham Twitter sebelum mengambil alih syarikat itu pada 2022, lapor agensi berita Jerman (dpa).

SEC mendakwa bahawa Musk mula membeli saham Twitter pada awal 2022 dan melepasi had lima peratus pada 14 Mac 2022. Mengikut undang-undang, beliau sepatutnya mengisytiharkan fakta itu secara terbuka dalam tempoh 10 hari kalendar, tetapi beliau tidak mengumumkan bahawa beliau telah memegang sembilan peratus syarikat itu sehingga 4 April, iaitu 11 hari lewat, kata SEC.

Menurut fail SEC, harga saham Twitter melonjak 27 peratus selepas pengisytiharan tersebut. Agensi itu menganalisis pembelian Musk dan menyimpulkan bahawa beliau “membayar kurang sekurang-kurangnya US$150 juta untuk pembelian saham biasa Twitter pada tempoh itu.”

Pemegang saham yang menjual saham mereka kepada Musk sepanjang tempoh itu dilaporkan mengalami kerugian kewangan, dakwa saman itu.

SEC menuntut agar Musk membayar kembali jumlah tersebut – ditambah dengan denda tambahan.

Peguam Musk, Alex Spiro, menangkis dakwaan itu dengan menyatakan bahawa jutawan teknologi itu “tidak melakukan apa-apa kesalahan.” Dalam kenyataan kepada perkhidmatan kewangan Bloomberg, beliau juga menyebut mengenai “kempen gangguan bertahun-tahun” oleh SEC terhadap Musk.

Tidak jelas bagaimana tuntutan mahkamah akan diteruskan. Musk adalah orang kepercayaan Donald Trump, yang akan mengangkat sumpah sebagai presiden AS yang baharu pada 20 Jan. Perubahan pentadbiran ini juga akan membawa perubahan kepimpinan di SEC.

Pengerusi SEC yang sedang berkhidmat Gary Gensler telah mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan.

Musk membeli Twitter pada Oktober 2022 dengan harga US$44 bilion. Beliau kemudian menukar nama platform dalam talian itu kepada X. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan