Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar orang hilang Foto PDRM

Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Hussin Othman pada 7.15 malam, hari yang sama.

Menurutnya pada hari berkenaan, Hussin dilihat kali terakhir keluar dari Wad 24, Aras 5, HKL pada pukul 6 petang.

“Hussin berketinggian kira-kira 168 sentimeter, berambut putih, memakai cermin mata dan bertongkat, serta mengenakan baju warna kelabu berlogo mini love, seluar pendek berwarna kelabu dan berselipar, sambil memegang bungkusan plastik warna merah dan putih,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa dimohon menghubungi Balai Polis Dang Wangi di talian 03-2600 2264 atau Pusat Kawalan IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan