Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mustapha Sakmud berkata beliau sebagai seorang anak Sabah telah lama mengikuti perkembangan Sarawak. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

Pencapaian Sarawak dalam pengurusan kewangan dan infrastruktur wajar dijadikan contoh

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KOTA SAMARAHAN, 15 Jan: Sarawak terus mencatatkan kemajuan pesat dalam pelbagai sektor, menjadikannya contoh unggul bagi negeri-negeri lain di Malaysia.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata beliau sebagai seorang anak Sabah, telah lama mengikuti perkembangan Sarawak, terutamanya sejak tahun 2014.

Menurut beliau, pencapaian ketara Sarawak dalam tempoh sedekad adalah hasil perancangan strategik dan kepimpinan yang berkesan.

“Pada tahun 2014, belanjawan Sabah dan Sarawak masing-masing berjumlah sekitar RM4 bilion. Namun, selepas 10 tahun, Sarawak berjaya meningkatkan belanjawannya kepada RM16 bilion, manakala Sabah masih berusaha mencapai RM7 bilion.

“Ini adalah pencapaian luar biasa yang mencerminkan perancangan teliti oleh kerajaan negeri Sarawak.

“Pengurusan kewangan yang cekap dan fokus kepada pembangunan jelas membawa manfaat besar kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Kesihatan Prima Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini hari ini.

Pusat ini, yang mula menawarkan perkhidmatan kepada orang awam pada November 2024, merupakan sebahagian daripada Projek Pembinaan dan Penyiapan Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima UNIMAS.

Fasa pertama projek ini melibatkan pembinaan Pusat Kesihatan Prima (PKP), manakala fasa kedua akan memberi tumpuan kepada pembinaan dan penyiapan bangunan utama Hospital Pengajar UNIMAS (HPUNIMAS).

Mustapha turut memuji usaha Sarawak dalam menyediakan infrastruktur kesihatan moden, termasuk pembangunan Pusat Kesihatan Prima UNIMAS yang menelan belanja sebanyak RM486 juta.

“Kami akan bekerjasama dengan UNIMAS untuk mencari kaedah agar perkhidmatan ini dapat dinikmati oleh komuniti sekitar pada harga yang berpatutan, atau apa yang disebut sebagai ‘harga rahmat’,” ujarnya.

Beliau juga menggalakkan UNIMAS untuk terus memperluaskan penyelidikan dalam teleperubatan dan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu komuniti luar bandar yang mempunyai akses terhad kepada perkhidmatan kesihatan.

Dalam ucapannya, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Premier Sarawak atas sokongan berterusan kepada UNIMAS, termasuk dalam penyediaan biasiswa untuk pelajar perubatan.

“Langkah ini penting untuk melahirkan lebih ramai graduan perubatan berkualiti tinggi, bukan sahaja untuk Sarawak tetapi juga untuk Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan