Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan hadir ke Program Jelajah 2024 JKR BIM Trail Training Lectures Zon Tengah di sini hari ini. Foto,Afiq Johari (TVS).

MTL: Kerja pembaikan jalan akibat banjir bermula bulan ini – Ahmad Maslan

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 15 Jan: Kerja – kerja pembaikan jalan rosak akibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia akan dilaksanakan secara beperingkat bermula pada akhir bulan ini sehingga Februari.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerja-kerja pembaikan itu akan tertumpu kepada lima negeri yang terjejas iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah , Johor dan Pahang.

“Kita (KKR) akan memulakan awal tahun ini disebabkan bajet kementerian telah tamat pada Disember lepas dan kini kita telah menerima yang baharu.

“Pada tahun lepas, KKR telah membelanjakan 98 peratus peruntukan yang diberi dengan baki yang tidak digunakan adalah dua peratus,” katanya pada sidang media Program Jelajah 2024 JKR BIM: Trail Training Lectures Zon Tengah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya sedang cuba mendapatkan peruntukan daripada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan itu.

Pada Selasa, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kos pembaikan jalan akibat banjir ekoran MTL dianggarkan mencecah RM101.57 juta.

Kata beliau, sejumlah RM45.37 diperuntukkan bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, manakala RM56.2 juta bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan