Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong-Tada, Kanowit yang terbakar, hari ini. Foto JBPM

Kebakaran Rumah Paulus Yan, 88 penghuni hilang tempat tinggal

BySuara Sarawak

KANOWIT, 15 Jan: Seramai 88 penduduk Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong-Tada di sini hilang tempat tinggal apabila rumah panjang mereka musnah dalam kebakaran, hari ini.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 12 tengah hari itu memusnahkan keseluruhan rumah panjang 15 pintu, menyebabkan penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda dan hanya tinggal sehelai sepinggang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sibu, Andy Alie dalam kenyataan berkata api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 2 petang.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.14 tengah hari.

“Seramai 14 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit dengan dua jentera FRT serta dua bot, dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 46 kilometer dari balai,” katanya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut untuk menentukan punca sebenar kejadian.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan