Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua kotak hitam milik pesawat Azerbaijan Airlines (AZAL) yang terhempas berhampiran Aktau telah dihantar ke Kazakhstan dari Brazil. Foto AFP

Kazakhstan terima data kotak hitam pesawat Azerbaijan Airlines

ByBernama

ASTANA (Kazakhstan), 15 Jan: Dua kotak hitam milik pesawat Azerbaijan Airlines (AZAL) yang terhempas berhampiran Aktau telah dihantar ke Kazakhstan dari Brazil, lapor Agensi Berita Kazinform memetik kementerian pengangkutan.

Data yang telah dinyahsulit daripada perakam penerbangan (kotak hitam) yang dihantar ke Kazakhstan sedang dikaji oleh pakar, menurut kementerian itu.

Laporan awal ditetapkan untuk dikeluarkan berikutan penyiasatan menyeluruh ke atas semua fakta dan bahan oleh suruhanjaya penyiasatan nahas pesawat mengikut piawaian dan amalan disyorkan dalam Lampiran 13 ICAO. Ia akan merangkumi maklumat fakta mengenai penyiasatan itu.

Terdahulu, Kazinform melaporkan bahawa pakar dari Pusat Penyiasatan dan Pencegahan Kemalangan Aeronautik (Cenipa) Tentera Udara Brazil telah mula menganalisis data daripada kotak hitam pesawat Embraer 190 milik Azerbaijan Airlines.

Pada 30 Dis, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa siasatan menyeluruh, tidak berat sebelah, dan telus terhadap nahas tragik membabitkan pesawat Azerbaijan Airlines penerbangan 8243 pada 25 Dis 2024.

Pesawat Azerbaijan Airlines yang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny itu terhempas berhampiran Aktau, Kazakhstan. Pesawat itu membawa 67 orang termasuk lima kru. Tragedi itu mengorbankan 38 orang manakala 29 lagi terselamat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan