Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Onn Hafiz Ghazi (enam dari kiri) dan Datuk Seri Tiong King Sing (enam dari kanan) bersama dif-dif kenamaan merasmikan The ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025. Foto TVS

Johor mahu ikut jejak Melaka, Sarawak bangunkan sektor pelancongan

ByMuqri Aziz

JOHOR BAHRU, 15 Jan: Kerajaan negeri Johor berhasratĀ mempelajari pendekatan negeri Melaka dan Sarawak dalam membangunkan sektor pelancongan, kata Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Menteri Besar Johor itu mengakui bahawa negeri itu dikurniakan keindahan alam semula jadi dan khazanah budaya yang diyakini akan menawarkan pengalaman unik kepada pelancong asing.

Menurutnya, Johor mempunyai banyak persamaan dengan kedua-dua negeri itu merangkumi produk pelancongannya menawarkan destinasi pelancongan berunsurkan alam semula jadi.

ā€œJohor telah membelanjakan kira-kira RM115 juta sepanjang tahun 2024 dan 2025 bagi sektor pelancongan untuk meningkatkan kesemua produk pelancongan yang ada di negeri ini.

ā€œPada masa sama, kami juga mahu belajar daripada negeri-negeri jiran kita iaitu Melaka dan Sarawak tentang bagaimana mereka dapat memastikan negeri mereka masing-masing untuk mengembangkan sektor pelancongan yang begitu pesat sekali,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian The ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 di Persada Johor International Convention Centre di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Dalam pada itu, Onn Hafiz turut menyatakan bahawa penganjuran TRAVEX 2025 mempamerkanĀ bukti semangat perpaduan ASEAN dalam mempromosikan rantau ini sebagai tarikan pelancongan global.

ā€œDi Johor, kami mempunyai kelebihan unik sebagai jambatan antara Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura. Kedudukan strategik ini membolehkan kami menonjolkan bukan sahaja keindahan Johor tetapi juga kekuatan kolektif ASEAN sebagai kuasa besar pelancongan global.

ā€œLokasi istimewa ini menjadikan Johor sebagai sebuah pusat yang hidup dengan pelbagai budaya, sejarah, dan kemajuan,ā€ katanya lagi.

Lebih 1,000 delegasi dari dalam dan luar negara, khususnya di rantau ASEAN, menghadiri acara ini, sementara lebih 200 reruai dibuka bagi mempromosikan destinasi menarik kepada pengunjung.

TRAVEX 2025 adalah sebahagian daripada segmen ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025 yang berlangsung mulai hari ini hingga Isnin depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan