Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.33 seliter kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan. Foto hiasan Envato

Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Jan: Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.33 seliter kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter manakala di Semenanjung Malaysia naik sebanyak lima sen seliter daripada RM3.03 seliter kepada RM3.08 seliter bagi tempoh sama.

“Seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia, kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.38 seliter manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM3.08 seliter.

“Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter,” menurut kenyataan itu.

MOF memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kenyataan itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan