Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam. Foto hiasan Envato

Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan

ByBernama

SHAH ALAM, 15 Jan: Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut merampas beberapa unit komputer, pasport dan dokumen berkaitan untuk tujuan siasatan.

MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah

Hussein berkata penahanan pasangan berusia 31 tahun itu dilakukan setelah pihaknya menerima satu laporan polis di Sepang berkaitan kes penipuan umrah melibatkan syarikat terbabit pada 10.39 malam semalam.

“Pengadu merupakan mangsa wanita warga tempatan berumur 39 tahun memaklumkan mengalami kerugian RM11,000 kerana terkandas tidak dapat mengerjakan umrah semalam.

“Susulan itu, polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hussein berkata semakan lanjut mendapati seramai 379 mangsa telah berurusan dengan syarikat berkenaan dan turut terkandas untuk mengerjakan umrah pada tarikh yang sama melibatkan anggaran kerugian RM2.1 juta.

Beliau berkata siasatan awal mendapati syarikat itu mula beroperasi dua tahun lepas dan telah berpindah ke premis tiga tingkat di Sepang sejak Oktober 2024.

“Modus operandi digunakan suspek adalah dengan memperdaya mangsa melalui iklan di aplikasi TikTok syarikat berkenaan tentang pakej umrah dan berhubung dengan ejen yang dilantik oleh mereka,” katanya.

Terdahulu, tinjauan Bernama mendapati JSJK IPK Selangor mula melakukan siasatan di pejabat syarikat tersebut di Sepang dan Ketua JSJK Selangor Datuk Saiman Kasman dilihat tiba di pejabat itu pada 2 petang.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kementerian itu sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan lebih 300 jemaah terkandas apabila mereka dijanjikan untuk diterbangkan ke Tanah Suci namun ditunda syarikat pengendali umrah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan