Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Banjir: Bomba bantu pindah calon SPM ke asrama

KAPIT, 15 Jan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak membantu memindahkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari kediamannya di rumah panjang ke asrama sekolah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak dalam satu kenyataan awal hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit 2 pada 10.34 malam tadi.

“Berikutan itu pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit telah dihantar segera ke lokasi.

”Jalan keluar di rumah panjang yang terletak di Sungai Sibau, Jalan Bukit Goram, Kapit itu dinaiki air banjir setinggi lebih 1.2 meter,” menurut kenyataan itu.

Pihak Bomba bertindak memindahkan pelajar dari rumah panjang ke sekolah berkenaan menggunakan bot gentian fiber milik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) Pejabat Daerah Kapit.

“Pelajar kemudian diserahkan kepada warden asrama untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu..

Banjir di kawasan rumah panjang berkenaan masih terkawal kerana bertiang dan paras air dari lantai rumah adalah kira-kira 2.1 meter. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan