Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai hadir mengunjungi gerai pelancongan dari pelbagai negara asean pada Pembukaan Travex sempena Asean Tourism Forum(ATF) 2025 bermula 15 hingga 20 Januari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor hari ini. Foto Bernama

ASEAN Travel Exchange 2025 sasar kutipan RM20 juta

ByMuqri Aziz

JOHOR BAHRU, 15 Jan: ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 menyasarkan kutipan pulangan lebih RM20 juta melalui platform ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk P. Manoharan berkata, program tersebut menunjukkan peningkatan penyertaan daripada segi penglibatan pengusaha tempatan dalam sektor pelancongan.

Menurutnya, platform ini memfokuskan kepada pakej atau produk pelancongan minat khas seperti boarding, menyelam, seni dan budaya, sekali gus mempromosikan Malaysia di bawah kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

“TRAVEX 2025 mempunyai lebih 300 pembeli daripada 40 buah negara. Sehubungan itu, kita menjangkakan pulangan melebihi RM20 juta. Selain itu, terdapat lebih daripada 121 penjual domestik jika dilihat dari segi platform perniagaan-ke-perniagaan (B2B).

“Jadi, kita percaya penganjuran ATF 2025 ini akan memberikan pulangan besar kepada Malaysia, ia juga selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya.

 Datuk P. Manoharan berkata penganjuan TRAVEX 2025 menerusi ATF 2025 menyasarkan kutipan pulangan sebanyak RM20 juta. Foto TVS

Beliau berkata demikian pada sidang media seusai Majlis Pelancaran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 di Persada Johor International Convention Centre di sini, hari ini.

Tambahnya, TRAVEX 2025 merupakan salah satu aktiviti utama dalam usaha merancakkan promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan, bukan sahaja di peringkat ASEAN, tetapi juga secara global.

Menurut Manoharan, lebih 221 penjual mempamerkan keunikan pelancongan negara ASEAN, di samping penyertaan 323 pembeli daripada 42 negara serta 100 wakil media antarabangsa dalam program tersebut.

Program lima hari itu bermula hari ini sehingga 20 Januari dengan tujuan meningkatkan pelancongan ke negara-negara ASEAN.

Ia dijangka menarik penyertaan pelbagai pihak, termasuk menteri-menteri pelancongan, ketua-ketua organisasi pelancongan nasional, pemimpin industri, wakil media serta profesional pelancongan dari seluruh ASEAN. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan