Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain sayap Muhammad Akhyar Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Akhyar Rashid sah menjadi milik kelab Terengganu FC (TFC) selepas beliau menandatangani kontrak selama dua tahun bersama pasukan itu, hari ini. Foto Terengganu FC (FB)

Akhyar Rashid sah milik TFC

ByBernama

KUALA NERUS, 15 Jan: Pemain sayap Muhammad Akhyar Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Akhyar Rashid sah menjadi milik kelab Terengganu FC (TFC) selepas beliau menandatangani kontrak selama dua tahun bersama pasukan itu, hari ini.

Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB Mohd Sabri Abas berkata Akhyar yang sebelum ini merupakan pemain pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memeterai kontrak sebagai pemain tetap bagi tempoh sehingga musim 2026/2027.

Beliau berkata perkara tersebut telah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang merupakan pemilik kelab JDT.

“Kehadiran Akhyar telah memberi impak besar dalam meningkatkan kualiti pasukan TFC musim ini. Oleh itu, TFC telah membuat permohonan secara rasmi untuk menandatangani beliau secara tetap,” katanya.

Dengan pengumuman itu, pemain berusia 26 tahun berkenaan boleh beraksi menentang JDT pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Jumaat ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan