Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Sesi Townhall 8 Tahun Bersama Premier di Hikmah Exchange Events Centre malam tadi. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Saya serah kepada generasi muda teruskan legasi selepas PCDS 2030 – Abang Johari

ByFebbright James

KUCHING, 14 Jan: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyerahkan kepada pemimpin muda untuk meneruskan Pelan Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 selepas dasar jangka panjang itu tamat.

Premier Sarawak itu berkata masa depan negeri ini bergantung kepada generasi pelapis untuk meneruskan kesinambungan pembangunan dalam menghadapi cabaran era baharu.

“Saya sudah berumur 74 tahun. PCDS 2030 akan berakhir dalam tempoh lima tahun lagi. Selepas itu, kepimpinan negeri akan memerlukan pelapis yang dapat meneruskan asas yang telah kita bina dalam PCDS ini.

“Tentu sekali kita di PBB dan GPS perlu ada pemimpin pelapis yang akan mengorak langkah seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Townhall Lapan Tahun Bersama YAB Premier, di Pusat Acara Hikmah Exchange Event Centre.

Abang Johari percaya pimpinan pelapis ini perlu bersedia menghadapi era yang lebih mencabar.

“Selepas PCDS 2030, saya serahkan kepada generasi muda untuk meneruskan dasar-dasar yang kita ada,” katanya.

PCDS 2030 merupakan pelan pembangunan jangka panjang yang memberi tumpuan kepada kemampanan ekonomi, sosial dan alam sekitar di Sarawak.

Ia bertujuan untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri maju menjelang 2030 dengan memanfaatkan sumber tenaga hijau, teknologi digital, dan pembangunan ekonomi inklusif.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan