Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak akan terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh Malaysia. Foto TVS

Sarawak terus fokus bangunkan ekonomi, sosial rakyat

KUCHING, 13 Jan: Sarawak terus menunjukkan komitmen dalam membangunkan wilayah ini dari sudut ekonomi dan sosial dengan mengekalkan hubungan erat dengan Kerajaan Persekutuan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, hubungan tersebut adalah penting untuk memastikan kemajuan Sarawak dan memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat global.

Menurutnya, sejak mengambil alih kepimpinan Sarawak pada 2017, wilayah ini menghadapi pelbagai cabaran besar termasuk ketidakstabilan politik dan pandemik COVID-19.

“Namun, Kerajaan Sarawak tetap berusaha untuk membantu rakyat yang terjejas melalui pelbagai inisiatif seperti Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) dan pemberian vaksin COVID-19.

“Pada Pilihan Raya Sarawak 2021, rakyat Sarawak memberikan mandat yang kuat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan kemenangan 76 kerusi sekali gus mengukuhkan kedudukan Sarawak dalam politik negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Townhall Lapan Tahun Bersama Permier Sarawak di Kuching pada Isnin.

Menurut Abang Johari, kejayaan tersebut menunjukkan sokongan padu rakyat kepada kepimpinan yang terus memperjuangkan hak dan kesejahteraan Sarawak.

Abang Johari turut menekankan Sarawak akan terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh Malaysia dengan memastikan ekonomi Sarawak terus berkembang dan rakyat mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif pembangunan yang dilaksanakan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan