Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pelancaran Sarawak Eksport Metanol PETCHEM dan Majlis Pecah Tanah Projek Metanol Hijau di Kompleks Metanol Sarawak Petchem di Bintulu, hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Sarawak eksport 20,000 tan metrik metanol ke pasaran dunia

ByLuqman Muhammad

BINTULU, 14 Jan: Sarawak mencatat pencapaian besar dalam industri tenaga global dengan penghantaran sulung 20,000 tan metrik metanol dari Kompleks Metanol Sarawak Petchem ke Taicang, China, hari ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan kejayaan ini sebagai langkah besar yang mengukuhkan kedudukan Sarawak Petchem sebagai pemain utama dalam pasaran metanol antarabangsa.

Simbolik penghantaran sulung kapal kargo metanol dari Kompleks Metanol Sarawak Petchem, Bintulu ke Taicang, China. Foto TVS

“Saya dengan suka citanya melihat kejayaan Sarawak Petchem yang telah dapat menghasilkan metanol. Hari ini juga saya menyaksikan metanol dari Sarawak eksport ke negara China dengan dua buah kapal masing-masing membawa 10, 000 tan metrik, bermakna hari ini Sarawak telah mengeksport 20,000 tan metanol,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sarawak Eksport Metanol PETCHEM dan Majlis Pecah Tanah Projek Metanol Hijau di Kompleks Metanol Sarawak Petchem, hari ini.

Dalam pada itu Abang Johari berkata, kejayaan ini adalah bukti komitmen kerajaan Sarawak untuk mengoptimumkan sumber gas asli yang melimpah bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Walaupun pada mulanya banyak masalah dihadapi, maklumlah masih baru pada ketika itu bagaimanapun kita dapat menyelesaikan semua masalah yang timbul bagi kita membangunkan Sarawak Petchem,’ katanya.

Beliau turut menekankan bahawa langkah ini bukan sahaja meningkatkan daya saing Sarawak di peringkat global tetapi juga membuka laluan untuk inisiatif metanol hijau yang lebih mesra alam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan