Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi SAR hari kedua mangsa dikhuatiri lemas Mohammad Iqbal Khairul berusia 16 tahun di Pantai Kuala Baram, Batu 1, Miri, diteruskan hari ini. Foto BBP Lutong

SAR remaja lemas di Pantai Kuala Baram diteruskan hari ini

BySalasiah Safian

MIRI, 14 Jan: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja, Mohammad Iqbal Khairul berusia 16 tahun yang dikhuatiri lemas selepas mandi laut di Pantai Kuala Baram, Batu 1 di sini semalam, diteruskan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata,  operasi SAR dimulakan pada jam 8.50 pagi tadi di persisiran pantai.

“Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB) BBP Lutong dibuka dengan membuat staging di kawasan tapak Pesta Bubok pada 8.15 pagi. Selepas taklimat, operasi SAR di persisiran pantai dibahagi kepada dua kumpulan (satu ke hilir dari PKOB dan satu pasukan ke hulu dari PKOB),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi turut disertai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pihak bomba bertolak ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan mengenai kehilangan Iqbal pada jam 6.40 petang semalam.

Iqbal dilaporkan mandi bersama tiga lagi rakannya yang lain iaitu Hazman Haqimal Herman berusia 18 tahun dan Hazzmin Hazukman Herman dan Mohamad Aiman Naim Abdullah masing-masing berusa 16 tahun di tepi Pantai Batu 1 Kuala Baram.

Mangsa juga merupakan Ahli Bomba Komuniti Kampung Batu 1 Kuala Baram. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan