Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pra-U SJIS, Matthew Wee dan Guru Kanan Matematik, Chang Lee Ming bergambar bersama beberapa kohort SJIS Cambridge A-Level. Foto St Joseph's International School

Pelajar SJIS Kuching cemerlang Cambridge A-Level siri Nov 2024

ByRegina Lee

KUCHING, 14 Jan: Sekolah Antarabangsa St Joseph (SJIS), Kuching hari ini mengumumkan sebanyak 10 peratus pelajarnya berjaya memperoleh gred tertinggi A* dalam peperiksaan Cambridge A-Level siri November 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah Antarabangsa St Joseph, Christopher Chua berkata keputusan cemerlang itu diikuti 20 peratus lagi pelajar mencatatkan kejayaan luar biasa dengan mendapat semua A dalam semua subjek yang diambil.

“50 peratus pelajar kami memperoleh gred A atau lebih tinggi dalam Biologi, 66 peratus dalam Teknologi Maklumat, 40 peratus dalam Matematik, 38 peratus dalam Fizik dan 25 peratus dalam Kimia.

“Kami amat berbangga dengan pencapaian ini, ia mencerminkan komitmen pelajar terhadap pengajian A-Level mereka. Kejayaan mereka akan terus memberi inspirasi kepada kami sebagai sebuah sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Turut senada, Pengetua Sekolah Antarabangsa St Joseph Br. Robert Teoh FMS memberitahu pencapaian cemerlang itu membuktikan kerja keras dan dedikasi pelajar serta sokongan berterusan daripada pihak sekolah.

“Kami turut bergembira melihat pelajar kami cemerlang dan mencapai potensi penuh mereka, ini sekaligus mengukuhkan misi kami untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan memupuk bakat setiap pelajar,” tambahnya.

SJIS mengucapkan tahniah kepada semua pelajar atas pencapaian luar biasa mereka, di samping terus komited untuk menyediakan persekitaran di mana pelajar boleh berkembang dan mencapai potensi tertinggi mereka.

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi, panduan dan galakan mereka sangat penting dalam kejayaan pelajar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan