Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) edisi 2028. Foto hiasan Envato

Malaysia berhasrat anjur ATBC 2028

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Malaysia menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) edisi 2028.

Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Maradona Chok mengesahkan bahawa Persekutuan Boling Asia (ABF) telah dimaklumkan mengenai hasrat Malaysia pada September lepas.

“Kami masih belum menerima sebarang maklum balas daripada ABF, saya percaya keputusan ini tidak akan dibuat dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Malaysia telah menjadi tuan rumah ATBC sebanyak dua kali, pada 1972 dan 1986.

Maradona berkata sekiranya Malaysia dipilih menjadi tuan rumah acara itu pada 2028, ia akan menjadi kejohanan boling terbesar yang pernah diadakan di negara ini sejak Kejohanan Dunia pada 2003.

“Matlamat kami adalah untuk membawa acara besar ke Malaysia setiap tahun untuk menaikkan profil sukan ini dan mempromosikan negara,” katanya.

Walaupun mempunyai kemampuan kewangan untuk menganjurkan ATBC, Maradona berkata mereka masih perlu mendapatkan penaja untuk pertandingan itu.

Pada edisi terakhir ATBC di Bangkok, Malaysia mencipta sejarah dengan meraih kutipan pingat yang paling berjaya dalam sejarah 54 tahun kejohanan berkenaan, memenangi lapan pingat emas, lima perak dan empat gangsa.

Malaysia akan menjadi tuan rumah Kejohanan Tenping Boling Belia Asia pada Ogos ini diikuti Kejohanan Boling Belia Dunia di Sarawak tahun depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan