Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kualiti pingat Olimpik Paris 2024 mencetuskan kontroversi selepas dua atlet Olimpik Perancis memuat naik foto pingat mereka di media sosial, menunjukkan lapisan mengelupas dan perubahan warnanya, lapor Xinhua. Foto AFP

Kontroversi mengenai kualiti pingat Olimpik Paris 2024

ByBernama

PARIS, 14 Jan: Kualiti pingat Olimpik Paris 2024 mencetuskan kontroversi selepas dua atlet Olimpik Perancis memuat naik foto pingat mereka di media sosial, menunjukkan lapisan mengelupas dan perubahan warnanya, lapor Xinhua.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memaklumkan bahawa semua pingat yang rosak akan diganti.

Yohann Ndoye-Brouard, pemenang pingat gangsa dalam acara 4x100m gaya bebas lelaki di Olimpik Paris, memuat naik gambar pingatnya dengan kapsyen “Paris 1924” beserta emoji ketawa, sambil berseloroh bahawa pingat gangsa itu kelihatan seperti “antik” dari Olimpik 1924.

Hantaran itu adalah reaksi kepada perkongsian rakan sepasukannya, Clement Secchi yang menggambarkan permukaan pingatnya yang kasar dan rosak menyerupai “kulit buaya.”

Aduan tentang kualiti pingat timbul sejak kejohanan berlangsung tahun lalu.

Pemain papan selaju Amerika, Nyjah Huston mendedahkan bahawa pingatnya mula pudar dan mengelupas hanya 10 hari selepas menerimanya.

Huston menyuarakan rasa tidak puas hati di media sosial dengan berkata, “Pingat Olimpik, kita perlu tingkatkan kualitinya sedikit.”

Selepas Sukan berakhir, lebih ramai atlet melaporkan isu serupa. Menurut media Perancis “La Lettre” , lebih 100 pingat dikembalikan akibat kerosakan.

Berhubung perkara ini, AFP pada Isnin melaporkan bahawa IOC mengumumkan Jawatankuasa Penganjur Paris sedang bekerjasama rapat dengan Monnaie de Paris, pihak yang bertanggungjawab menghasilkan dan memantau kualiti pingat, untuk menyiasat punca kerosakan dan menilai situasi.

Pingat yang dikenal pasti rosak akan diganti dengan rekaan yang sama seperti asal.

Monnaie de Paris turut menyatakan bahawa pihaknya mula menggantikan pingat yang rosak sejak Ogos 2024 dan akan terus menangani permintaan itu secara profesional.

Pingat Olimpik Paris direka oleh jenama mewah Perancis, Chaumet, dan dihasilkan oleh “Monnaie de Paris”.

Ciri unik rekaan ini termasuk penggunaan bahan daripada Menara Eiffel yang melambangkan warisan budaya Paris.

Bagaimanapun, pendekatan inovatif ini menimbulkan persoalan mengenai ketahanan pingat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan