Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menarik balik larangan merokok di pejabat yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lepas. Foto hiasan Envato

KKM tidak berhasrat tarik balik larangan merokok di pejabat – Dzulkefly

ByBernama

BANGI, 14 Jan: Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menarik balik larangan merokok di pejabat yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lepas, kata menteri berkaitan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata semua akta dan peraturan berkaitan termasuk Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan terus dikuatkuasakan seperti yang telah ditetapkan.

“Pastinya tidak (menarik balik larangan tersebut). Semua akta dan peraturan berkaitan akan terus dikuatkuasakan.

“Kita telah melaksanakan penguatkuasaan pendidikan terlebih dahulu. Mulai 1 April, beberapa peraturan tambahan akan dilaksanakan secara lebih tegas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Simposium Shariacare: Merintis Kesihatan dengan Nilai-Nilai Syariah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media mengenai peguam Mohamed Haniff Khatri, yang sebelum ini gagal mencabar larangan tersebut, sekali lagi memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan itu.

Dzulkefly berkata kementerian bersedia untuk menghadapi cabaran undang-undang yang dikemukakan Mohamed Haniff.

“Beliau berhak untuk mengambil langkah undang-undang dan semakan kehakiman ini. Namun proses perundangan perlu dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata larangan merokok di pejabat merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk melindungi kesihatan awam sambil menegaskan bahawa peraturan itu telah dirancang dengan rapi bagi memastikan persekitaran kerja bebas asap rokok demi kesejahteraan rakyat.

Sebanyak 28 kawasan diwartakan sebagai zon larangan merokok termasuk premis dobi dan bangunan tempat kerja yang dimasukkan dalam senarai kawasan larangan di bawah Akta 852 pada 1 Oktober lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan