Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Sesi Townhall 8 Tahun Bersama Premier di Hikmah Exchange Events Centre malam tadi. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Kerajaan Sarawak terus giat fokus bina rumah mampu milik

ByFebbright James

KUCHING, 14 Jan: Kerajaan akan terus giat membuka kawasan perumahan baharu yang dilengkapi dengan infrastruktur asas dan kemudahan awam demi memastikan rakyat dapat memiliki rumah sendiri.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerajaan akan membuka kawasan perumahan menerusi dasar yang diwujudkan untuk mendepani peningkatan harga rumah pada masa kini.

“Harga rumah memang tinggi sekarang, jadi apa yang kita laksanakan ialah untuk kenal pasti kawasan untuk dibangunkan rumah termasuk dengan infrastruktur. Kita mahu rakyat beli rumah tersebut dengan kos murah.

“Kedua, kita dapat pinjaman kewangan daripda Mutiara Mortgage and Finance untuk pinjaman rumah. Kalau ikut harga komersial rumah ini boleh mencecah sehingga RM300,000 tetapi pemilik hanya perlu membayar RM120,000 dan selebihnya  Gabungan Parti Sarawak (GPS) tanggung.

“Seterusnya, kita tahu beli rumah mesti ada deposit, jadi kerajaan beri RM10,000 dan anda hanya perlu membayar bakinya. Rakyat akan dapat rumah yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan cukup untuk sebuah keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan salah seorang penonton yang hadir pada Sesi Townhall Bersama Premier Sarawak di Hikmah Exchange Event Centre malam tadi.

Penonton tersebut bertanya mengenai perancangan kerajaan untuk mewujudkan rumah mampu milik dalam kalangan rakyat Sarawak khususnya golongan belia.

Katanya, setakat ini kerajaan telah membuka kawasan perumahan yang baharu di beberapa kawasan termasuk di Kuching, Tambirat, Kabong, Mukah dan Dalat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan