Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao turun dengan aksi meyakinkan apabila berjaya menundukkan pilihan kelima kejohanan dari China Li Shi Feng di Terbuka India hari ini. Foto fail AFP

Jun Hao kejutkan wakil China di Terbuka India 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao turun dengan aksi meyakinkan apabila berjaya menundukkan pilihan kelima kejohanan dari China Li Shi Feng di Terbuka India hari ini.

Dalam perlawanan di Stadium Tertutup KD Jadhav, New Delhi, Jun Hao yang menghuni rangking ke-28 dunia tewas set pertama 18-21 sebelum bangkit pada set kedua 21-17 dan melengkapkan kemenangan 21-17 pada set ketiga untuk mara ke pusingan kedua.

Wakil negara berusia 25 tahun itu dijadualkan berdepan Weng Hong Yang dari China, yang mendapat kemenangan percuma selepas S Kidambi menarik diri.

Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut melangkah ke pusingan kedua selepas mengetepikan rakan senegara Tan Wee Kiong-Nur Mohd Azriyn Ayub 21-16, 21-16.

Gandingan kedua dunia itu akan berdepan sama ada pasangan Yap Roy King-Wan Arif Wan Junaidi atau Daniel Hess-Marvin Seidel dari Jerman untuk perebutan slot suku akhir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan