Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jenazah lima sekeluarga daripada enam yang maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di KM37 Jalan Semporna-Tawau, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Jalan Balai Polis di sini, malam tadi. Foto Bernama

Jenazah enam mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

SEMPORNA, 14 Jan: Jenazah lima sekeluarga daripada enam yang maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di KM37 Jalan Semporna-Tawau, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Jalan Balai Polis di sini, malam tadi.

Pengebumian jenazah Asbira Ladjahani, 82, Jaimah Jailani, 30, Mohamad Nabil Kanol, 14, Nur Inara Aida Nur Hakim, 4, dan Nur Aiman Nur Hakim, 6 bulan, selesai pada kira-kira 10.30 malam.

Jenazah seorang lagi mangsa lelaki dikenali sebagai Oyong,18, yang juga rakan kepada keluarga itu dikebumikan dalam satu lagi liang lahad di tanah perkuburan sama.

Suasana pilu berserta hujan renyai mengiringi lebih 100 ahli keluarga serta kenalan yang hadir untuk penghormatan terakhir dan membantu mengurus pengebumian tersebut.

Terdahulu, keenam-enam jenazah dimandikan dan dikafankan selepas selesai bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Tawau.

Sementara itu, Kanol Asan, 43, bapa kepada Allahyarham Mohamad Nabil, berkata kemalangan tersebut berlaku ketika kereta yang dinaiki anaknya bersama enam ahli keluarga lain sedang dalam perjalanan ke Semporna selepas pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan keluarga di Batu 4 Jalan Apas, Tawau.

Dia berkata pemandu kereta dinaiki enam mangsa itu yang juga adik iparnya, Nur Hakim Mansur, 34, kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau.

Semalam, dilaporkan enam termasuk seorang bayi lelaki maut apabila kereta (Proton Wira) dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan pacuan empat roda, dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol hari ini dilaporkan berkata kemalangan itu berpunca kereta dinaiki mangsa memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan pacuan empat roda dan MPV berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan