Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat termasuk seorang pelajar berusia 15 tahun maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong Baru pada Selasa. Foto Shafik Ahmad (TVS)

Empat maut, lima cedera dalam kemalangan di Jalan Stutong Baru

ByShafik Ahmad

KUCHING, 14 Jan: Empat termasuk seorang pelajar berusia 15 tahun maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong Baru pada Selasa.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 12.59 petang.

Menurut sumber, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Proton Saga yang dipandu seorang lelaki dari arah lapangan terbang hilang kawalan lalu terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan.

Susulan itu kereta tersebut merempuh dua motosikal serta dua kereta lain yang bergerak ke arah lapangan terbang.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa yang meninggal dunia telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada dilokasi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata jurucakap JBPM Sarawak.

Kesemua mangsa yang kritikal dan cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan