Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesawat Batik Air mendarat di Lapangan Terbang Miri bagi penerbangan sulung Kuala Lumpur-Miri, hari ini. Foto Faisal Ramli

Batik Air mulakan penerbangan KL-Miri, tingkatkan kesalinghubungan dan pelancongan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 14 Jan: Penerbangan sulung Batik Air dari Kuala Lumpur ke Miri menandakan satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuhkan kesalinghubungan udara dan merangsang pertumbuhan ekonomi di bandar raya ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata laluan baharu Kuala Lumpur-Miri-Kuala Lumpur itu menawarkan dua penerbangan harian untuk memenuhi permintaan tinggi perjalanan udara ke dan dari Miri.

Dato Sri Lee Kim Shin pada majlis perasmian penerbangan sulung Batik Air Kuala Lumpur-Miri di Lapangan Terbang Miri, hari ini. Foto Faisal Rambli

“Miri sangat memerlukan lebih banyak penerbangan. Ia merupakan sebuah bandar pelancongan yang terkenal sebagai bandar peranginan dengan pelbagai produk pelancongan yang menarik.

“Selain itu, Miri juga mempunyai komuniti perniagaan yang aktif, terutamanya dalam sektor minyak dan gas serta aktiviti ekonomi lain. Oleh itu, penambahan penerbangan adalah satu keperluan utama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Perasmian Penerbangan Sulung Batik Air Kuala Lumpur-Miri di Lapangan Terbang Miri, hari ini.

Dengan kehadiran Batik Air, Lapangan Terbang Miri kini mencatatkan 55 penerbangan setiap minggu.

“Kini, terdapat tiga syarikat penerbangan yang mengendalikan laluan Miri-Kuala Lumpur-Miri, iaitu Malaysia Airlines, AirAsia dan Batik Air.

“Secara keseluruhan, jumlah penerbangan domestik ke Sarawak kini mencapai 420 penerbangan mingguan. Ini termasuk Kuching (211), Sibu (60), Bintulu (37), Miri (100), Limbang (3), Lawas (2), dan Mulu (7),” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan