Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak pada sesi tayangan filem ‘Aur dengan Tebing’ di Kuala Lumpur, hari ini. Foto Bank Rakyat

Bank Rakyat rai ulang tahun ke-70 dengan filem pendek ‘Aur dengan Tebing’

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Bank Rakyat mempersembahkan sebuah filem pendek bertajuk Aur dengan Tebing sempena ulang tahunnya yang ke-70, mengangkat tema “7 Dekad dan Selamanya”.

Filem berdurasi sembilan minit ini menonjolkan komitmen Bank Rakyat dalam menyokong rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat sepanjang perjalanan hidup mereka.

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak, dalam kenyataan hari ini berkata filem ini bukan sekadar hiburan, tetapi cerminan hubungan, cabaran dan pencapaian yang melambangkan perjalanan hidup pelanggan Bank Rakyat.

“Sejak 70 tahun lalu, Bank Rakyat telah menyediakan penyelesaian kewangan yang holistik dan komprehensif. Kami berusaha memastikan setiap individu dan perniagaan mendapat sokongan kewangan yang diperlukan untuk merealisasikan impian mereka, seperti yang digambarkan melalui kisah Adam, Raj dan Ah Chong dalam filem ini.

“Melalui penceritaan yang menginspirasi ini, kami mengajak penonton merenung perjalanan hidup mereka bersama Bank Rakyat dan menghargai hubungan erat yang telah terjalin, menjadikan setiap detik lebih bermakna,” katanya pada sesi tayangan filem tersebut di Aurum Theatre, The Gardens Mall.

Filem Aur dengan Tebing mengetengahkan kisah persahabatan tiga sahabat – Adam, Raj dan Ah Chong – yang menghadapi pelbagai cabaran hidup untuk mengejar impian dan kebahagiaan.

Dibarisi pelakon popular seperti Beto Kusyairy (Adam), Khir Rahman (Cikgu Razali), dan Aghonderan Sahadevan (Raj), serta pelakon kanak-kanak MN Firas, S. Yasshan, dan lainnya, filem ini membawa penonton menelusuri dua garis masa berlatarbelakangkan sebuah kampung yang damai.

Di bawah arahan Tangerine Films Sdn Bhd, filem pendek yang penuh nostalgik ini boleh ditonton di semua platform media sosial rasmi @myBANKRAKYAT dan di saluran YouTube Bank Rakyat – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan