Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Armizan hadir Sesi Libat Urus Perlindungan Harta Intelek Digital di Malaysia di Menara MyIPO di sini, hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

69,442 permohonan Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta difailkan di MyIPO

ByAmirah Shawel

PETALING JAYA, 14 Jan: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah memfailkan sebanyak 69,442 permohonan Pemberitahuan Secara Sukarela Hak Cipta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata permohonan melibatkan pelbagai karya kreatif seperti sastera, seni, muzik, filem dan rakaman bunyi.

Jelas beliau, kenaikan jumlah permohonan itu menunjukkan peningkatan tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentingan melindungi hasil karya dan pengurusan harta intelek.

Penguatkuasaan perlindungan harta intelek tarik pelabur asing – Armizan

“Perkembangan pesat landskap digital menuntut kepada keperluan strategi dan mekanisme perlindungan hak intelek yang komprehensif sejajar dengan tuntutan zaman,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir Sesi Libat Urus Perlindungan Harta Intelek Digital di Malaysia di Menara MyIPO di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata cabaran harta intelek adalah termasuk ancaman pelanggaran hak cipta dan isu cetak rompak digital yang kian meningkat.

Justeru, KPDN melalui MyIPO telah melaksanakan inisiatif yang lebih tegas bagi menghalang penyebaran kandungan cetak rompak termasuk pindaan Akta Hak Cipta 1987.

“KPDN melalui MyIPO terus memperkukuh usaha perlindungan hak cipta di Malaysia melalui kerjasama strategik semua pemegang taruh termasuk pemain industri dalam menghadapi cabaran akibat perkembangan pesat dunia digital,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan