Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbang sebanyak 564 kit bantuan bencana kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Tinggi pada Sabtu dan Ahad lepas. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

YSIJ sumbang 564 kit bantuan bencana kepada mangsa banjir di Kota Tinggi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbang sebanyak 564 kit bantuan bencana kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Tinggi pada Sabtu dan Ahad lepas.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dimuat naik hari ini, sumbangan berkenaan dikumpulkan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dengan bantuan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) sebelum disampaikan kepada penerima.

Pegawai JMF Leftenan Mohamad Farid Embok Mosik hadir untuk menerima barangan sumbangan tersebut.

Hantaran sama memetik Pengurus Kanan YSIJ Shah Reza Md Kanafe sebagai berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk mempersiapkan bantuan kepada mangsa banjir agar mereka dapat menerima bantuan segera selepas ditempatkan di PPS.

“Setakat ini (semalam), sebanyak 12 pusat PPS di Kota Tinggi telah menerima kit bantuan bencana yang disampaikan oleh anggota JMF.

“Saya amat berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir,” katanya.

Shah Reza merakamkan penghargaan kepada JMF yang turut membantu dalam menghantar sumbangan berkenaan ke PPS di Kota Tinggi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan