Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kesatuan Agensi Berita Pertubuhan Kerjasama Islam (UNA) dan Liga Dunia Islam (MWL) telah menandatangani memorandum kerjasama pada Ahad, bertujuan melancarkan kempen media bagi meningkatkan kesedaran tentang hak kanak-kanak perempuan untuk mendapatkan akses kepada pendidikan, lapor UNA. Foto hiasan Envato

UNA, MWL tandatangan memorandum tingkat kesedaran hak kanak-kanak perempuan

ByBernama

ISLAMABAD, 13 Jan: Kesatuan Agensi Berita Pertubuhan Kerjasama Islam (UNA) dan Liga Dunia Islam (MWL) telah menandatangani memorandum kerjasama pada Ahad, bertujuan melancarkan kempen media bagi meningkatkan kesedaran tentang hak kanak-kanak perempuan untuk mendapatkan akses kepada pendidikan, lapor UNA.

Memorandum itu juga antara lain bertujuan untuk menyelaraskan usaha antara kedua pihak dalam mengukuhkan tindakan bersama antara agensi-agensi berita dan saluran media di negara-negara Islam mengenai isu berkenaan.

Majlis menandatangani memorandum itu berlangsung semasa persidangan global bertajuk “Pendidikan Kanak-Kanak Perempuan dalam Komuniti Muslim: Cabaran dan Peluang,” yang dianjurkan oleh kerajaan Pakistan dan diselaraskan oleh MWL di Islamabad, dengan penyertaan luas daripada organisasi serantau dan antarabangsa.

UNA diwakili Ketua Pengarahnya Mohammed Abd Rabbo Al-Yami, manakala MWL diwakili oleh Kaunselor Abdul Karim Bakhsh.

Memorandum ini adalah sebahagian daripada platform perkongsian antarabangsa yang dilancarkan oleh persidangan “Pendidikan Kanak-Kanak Perempuan dalam Komuniti Muslim,” bertujuan untuk mentransformasikan hasil persidangan menjadi inisiatif praktikal dan projek-projek konkrit untuk menyokong pendidikan wanita dan kanak-kanak perempuan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan