Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Majlis Amanat Perdana Premier Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

SKAS dikreditkan mulai 18 Februari, lambang keprihatinan kerajaan Sarawak

KUCHING, 13 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengumumkan bahawa Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan mula dikreditkan ke SPay Global penerima bermula 18 Februari depan.

Beliau menegaskan, bantuan ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Sarawak untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.

“Dengan peruntukan RM450 juta di bawah Belanjawan Sarawak 2025, SKAS akan memastikan setiap isi rumah di Sarawak memiliki keperluan makanan mencukupi, agar anak-anak ke sekolah dalam keadaan sihat dan bertenaga untuk menimba ilmu demi masa depan yang cerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana 2025 Premier Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, hari ini.

Abang Johari turut menekankan bahawa SKAS bukan sekadar bantuan biasa, tetapi melambangkan perkongsian kejayaan Sarawak dengan rakyatnya.

“Ia hasil usaha bersama yang membawa kemakmuran kepada negeri ini. Dengan menggunakan platform digital, kita dapat menyampaikan perkhidmatan awam dengan lebih cekap dan memastikan tiada sesiapa yang tercicir,” tambahnya.

Menurut Abang Johari, pelaksanaan SKAS ini mencerminkan tekad Kerajaan Sarawak untuk terus melangkah maju demi mencipta masa depan yang lebih baik buat rakyat.

SKAS adalah satu lagi langkah signifikan Sarawak dalam memastikan rakyat menikmati manfaat pembangunan secara inklusif dan berterusan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan