Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Amanat 2025 Premier Sarawak yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. Foto TVS

Sarawak kaji keupayaan pengeluaran tenaga untuk dibekalkan kepada Sabah, Brunei

KUCHING, 13 Jan: Sarawak sedang melihat keupayaan pengeluaran tenaganya bagi meningkatkan bekalan itu kepada Sabah, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah memeterai perjanjian dengan Sabah untuk membekalkan sebanyak 50 megawatt (MW) tenaga elektrik.

“Memang sudah ada, kita dengan Sabah sudah ada perjanjian membekalkan 50 megawatt ke Sabah dan Sabah meminta dinaik kepada 100 megawatt lagi, jadi kita melihat keupayaan kita dari sudut pengeluaran tenaga dan dengan Brunei dalam proses perbincangan.

“Menjelang 2027 pembangunan loji Tenaga Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT) akan siap dengan menggunakan 30 peratus hidrogen dan hidrogen ini dapat ditingkatkan sehingga 50 peratus. Jadi dengan adanya bekalan 500 megawatt nanti, kita akan dapat membekalkan kepada negara jiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Amanat 2025 Premier Sarawak yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Sementera itu, untuk Kalimantan, Sarawak masih menjual tenaga elektrik ke wilayah tersebut dan menjangkakan hubungan kerjasama ini berterusan dalam jangka masa panjang.

Menjelang tahun 2027, Loji CCGT baharu yang akan beroperasi di Miri dijangka menggunakan teknologi canggih yang memanfaatkan sehingga 30 peratus hidrogen dalam proses penjanaan tenaga.

Dengan pelaksanaan projek tenaga baharu ini, Sarawak terus memperkukuh kedudukan sebagai penyumbang utama tenaga hijau di rantau Asia Tenggara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan