Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Majlis Amanat Perdana Premier Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

SAIC bakal tawar program pertanian pintar – Abang Johari

KUCHING, 13 Jan: Pusat Kecerdasan Buatan Negeri (SAIC) yang bakal ditubuhkan pada tahun ini bakal menawarkan program utamanya pertanian pintar yang akan meletakkan Sarawak sebagai hab untuk inovasi dan kerjasama.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pertanian pintar itu menggunakan analitik dikuasakan AI untuk mengoptimumkan hasil tanaman dan menggalakkan kemampanan.

“Pusat ini juga menerajui projek dalam penjagaan kesihatan, seperti analisis ramalan untuk pengesanan penyakit awal dan meningkatkan kecekapan tenaga dengan sistem grid pintar dipacu Al.

“Melalui perkongsian strategik dengan institusi akademik, pemimpin industri dan entiti kerajaan, SAIC memupuk ekosistem AI yang bertenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Amanat 2025 Premier Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, inisiatif ini mempamerkan pendekatan pemikiran ke hadapan Sarawak untuk memanfaatkan teknologi bagi pertumbuhan ekonomi, kelestarian alam sekitar dan peningkatan komuniti.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta dif-dif kenamaan yang lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan