Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak polis merampas 67 laras senapang dan 70 pucuk pistol tiruan dalam serbuan di lima premis menjual barang mainan di Kuching dan Kota Samarahan pada Sabtu. Foto PDRM

Polis rampas 67 laras senapang, 70 pucuk pistol tiruan

BySafri Ali

KUCHING, 13 Jan: Pihak polis merampas 67 laras senapang dan 70 pucuk pistol tiruan dalam serbuan di lima premis menjual barang mainan di Kuching dan Kota Samarahan pada Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, serbuan dibuat selepas pihaknya menerima maklumat aktiviti menjual senjata api tiruan kepada orang awam.

“Hasil serbuan tersebut, pihak polis telah menahan tiga lelaki dan tujuh wanita tempatan berusia 19 hingga 46 tahun serta merampas 67 laras senapang dan 70 pucuk pistol tiruan.

“Turut dirampas 344 paket dan 18 botol berisi peluru plastik, kes disiasat atas kesalahan di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pihak polis mengingatkan bahawa perbuatan memiliki, membeli atau menjual senjata api tiruan merupakan kesalahan jenayah walau atas apa alasan sekalipun.

“Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya.

“Polis Sarawak akan terus menjalankan operasi dan pemantauan terhadap penjualan senjata api tiruan di seluruh Sarawak,” tegasnya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan