Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah pesawat bantuan Qatar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik pada Isnin, membawa 36 tan bekalan makanan sebagai sebahagian daripada respons kecemasan udara Qatar. Foto AFP

Pesawat bantuan Qatar tiba di Damsyik bawa 36 tan bekalan makanan

ByBernama

ISTANBUL, 13 Jan: Sebuah pesawat bantuan Qatar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik pada Isnin, membawa 36 tan bekalan makanan sebagai sebahagian daripada respons kecemasan udara Qatar, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan.

Menurut agensi berita Syria (SANA), penghantaran bekalan makanan itu, yang disediakan oleh Dana Qatar untuk Pembangunan, termasuk 360 bakul makanan dan 10 tan tepung.

Bashar al-Assad, yang memimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas kumpulan antirejim menguasai Damsyik pada 8 Dis, mengakhiri pemerintahan keluarganya selama beberapa dekad.

Pengambilalihan kepimpinan berlaku selepas pejuang Hayat Tahrir al-Sham menawan bandar utama dalam serangan kilat yang berlangsung kurang dua minggu.

Pentadbiran baharu yang diketuai Ahmed al-Sharaa kini mengambil alih pemerintahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan