Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suami isteri dan bayi mereka yang berjaya dikeluarkan dari lokasi kenderaan mereka terkandas dalam banjir di Kanowit, hari ini. Foto JBPM

Pasangan bersama bayi diselamatkan dari kenderaan terkandas akibat banjir di Kanowit

KANOWIT, 13 Jan: Sepasang suami isteri bersama bayi perempuan mereka berusia empat bulan berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba selepas kenderaan mereka terkandas akibat banjir di Jalan Lukut-Penyulau di sini, pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan berkata pasangan Mohd Syaiful Ibrahim, 41, isterinya Suria Rosli, 29, dan bayi perempuan mereka, Aliana Afisya, dibawa ke tempat selamat pada 7:33 pagi.

Keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Sibu ke Pekan Kanowit untuk menghantar sayur, namun cubaan mereka melalui jalan yang ditenggelami air gagal, menyebabkan kenderaan mereka terkandas.

Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 6:15 pagi, seterusnya menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit yang ke lokasi menggunakan kenderaan pikap dan tiba di lokasi pada 6.50 pagi.

Setibanya pasukan itu di lokasi, air banjir didapati mencapai kedalaman sehingga 1.2 meter.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan