Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon presiden Croatia dan calon presiden Parti Demokratik Sosial (SDP) Zoran Milanovic semasa memberi ucapan di ibu pejabatnya, di Zagreb pada 12 Januari 2025. Foto AFP

Milanovic dahului pusingan kedua pilihan raya presiden Croatia

ByBernama

ZAGREB, Croatia, 13 Jan: Penyandang Presiden Croatia Zoran Milanovic mendahului pencabarnya Dragan Primorac dalam pusingan kedua pilihan raya presiden yang diadakan pada Ahad, menurut tinjauan pendapat, lapor Xinhua.

Tinjauan yang diterbitkan oleh tiga stesen televisyen tempatan utama – HRT, Nova TV dan RTL menunjukkan Milanovic memperoleh 77.86 peratus undi, jauh mengatasi Primorac yang hanya mendapat 22.14 peratus.

Semasa pusingan pertama pilihan raya yang diadakan pada 29 Disember tahun lepas, Milanovic yang disokong oleh parti pembangkang Parti Demokratik Sosial dan Primorac, yang disokong oleh parti pemerintah Kesatuan Demokratik Croatia, masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua dengan 49.09 peratus dan 19.35 peratus undi daripada lapan calon. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan