Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof hadir pada Majlis Bengkel ASEAN Mengenai Pembangunan Lestari (AWSD) 2025 di sini, hari ini. Foto, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA).

Malaysia teroka pembangunan kereta api berkelajuan tinggi hubungkan ASEAN

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Pembangunan infrastruktur moden bersepadu untuk mengukuhkan ketersambungan ekonomi ASEAN merupakan antara tumpuan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa inisiatif perlu diterokai secara aktif termasuk pembangunan kereta api berkelajuan tinggi untuk menghubungkan bandar-bandar utama ASEAN.

Kata beliau ia turut melibatkan pelabuhan hijau dan perkapalan serta akses 5G universal merentasi kawasan bandar dan luar bandar untuk merapatkan jurang digital.

“Ini akan melibatkan pelaburan besar-besaran dalam infrastruktur, dan kita perlu meneroka mekanisme pembiayaan yang inovatif, seperti melalui perkongsian awam-swasta, yang boleh menarik pelaburan serantau dan antarabangsa.

“Dengan mempertingkatkan infrastruktur, ASEAN boleh mengurangkan halangan kepada perdagangan, memupuk pertumbuhan ekonomi, dan meletakkan ASEAN sebagai peneraju global dalam ketersambungan dan inovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Majlis Bengkel ASEAN Mengenai Pembangunan Lestari (AWSD) 2025 di sini, hari ini.

Mengenai keutamaan negara dalam penyahkarbonan Sistem Tenaga ASEAN, Anwar berkata, membina kapasiti di kalangan negara ASEAN dalam teknologi tenaga bersih juga mesti diutamakan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan inisitif Projek Masa Depan Hijau ASEAN.

“Pelaksanaan yang berjaya membawa banyak faedah. Bukan sahaja menyahkarbonkan sistem tenaga kita, tetapi juga meletakkan ASEAN sebagai destinasi menarik untuk industri dan pelaburan berteknologi tinggi, memacu pertumbuhan ekonomi di samping kemampanan alam sekitar,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan