Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada Pratonton LEGACY360 di Kuching di sini, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

LEGACY360 corak hala tuju industri perniagaan Sarawak

ByWilly Jali

KUCHING, 13 Jan: Penganjuran Forum LEGACY360 menandakan langkah penting kerajaan dalam usaha memperkukuh pendidikan, advokasi dan kemajuan warisan acara perniagaan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, forum yang menekankan kepentingan warisan dan kelestarian dalam perniagaan sedemikian merupakan acara yang pertama diadakan di Asia Tenggara.

“Sarawak sentiasa berada di barisan hadapan dalam inovasi sektor acara perniagaan, dan hari ini membuktikan kepimpinan berpandangan jauh bukan sahaja oleh (biro konvensyen) tetapi juga mereka yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan forum pratonton unik ini.

“Legacy Three-Sixty (LEGACY360) adalah satu-satunya forum yang didedikasikan untuk warisan dan kelestarian acara perniagaan di Asia Tenggara. Ia telah mengukuhkan kepentingan warisan dalam acara perniagaan dan menjelaskan bahawa kita tiada alasan untuk kembali ke masa lalu dan melaksanakan sesuatu dengan cara lama,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapannya yang dibaca Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada Pratonton LEGACY360 di Kuching di sini, hari ini.

Menerusi visi yang didukung oleh BESarawak, LEGACY360 juga menjadi wadah untuk mengintegrasikan warisan bermakna ke dalam setiap aspek acara perniagaan di Malaysia.

Tambah Abang Johari, LEGACY360 turut melibatkan pelbagai pemegang taruh seperti pemimpin industri, penggubal dasar dan komuniti tempatan untuk menyelaraskan nilai warisan Sarawak dengan pembangunan acara perniagaan yang mampan.

“Visi LEGACY360 adalah mudah, kami mahu forum ini, yang dibangunkan di Sarawak, diiktiraf di peringkat dunia. Kami mahu perancang acara, pembuat dasar, pemain industri dan agen perubahan serius di seluruh benua tahu bahawa Sarawak adalah tempat di mana mereka boleh mula membuat perbezaan dan tempat di mana mereka boleh memacu impak sebenar,” tambahnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan