Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media selepas merasmikan Pratonton LEGACY360 di Kuching di sini, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Kepimpinan cemerlang Abang Johari wajar dicontohi – Abdul Karim

ByWilly Jali

KUCHING, 13 Jan: Kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam membawa perubahan kepada kemajuan Sarawak wajar dicontohi, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, Abang Johari menunjukkan ketegasan, kebijaksanaan dan kecekapan dalam mengurus serta mentadbir negeri, terutamanya ketika berdepan dengan pelbagai cabaran global, termasuk krisis besar seperti pandemik COVID-19.

“Selepas beliau (Premier Sarawak) dilantik jawatan tersebut, dunia dilanda pandemik yang tidak pernah dilihat sebelumnya, bermula pada tahun 2019. Di Malaysia, ia bermula pada 18 Mac 2020. Secara praktikal, segala aktiviti terhenti. Ia bukanlah sesuatu yang mudah, terutama bagi seseorang Ketua Menteri yang baru dilantik.

“Keadaan yang sangat mencabar ini memerlukan kepemimpinan yang cekap. Pada masa itu, Ketua Menteri yang sedang berkhidmat berjaya mengatur negeri dengan baik. Dalam tempoh tersebut, banyak sektor terhenti.

“Malah, ada yang kehilangan pekerjaan, ada yang memerlukan bantuan, dan pergerakan sangat terhad. Namun, di bawah kepimpinan yang (Premier Sarawak), beliau berjaya mengatur keadaan dengan baik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pratonton LEGACY360 di Kuching di sini, hari ini.

Tambah Abdul Karim, dalam tempoh lapan tahun kebelakangan ini, pelbagai perubahan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam membawa kemajuan wilayah Sarawak.

“Saya tidak pernah menyaksikan sokongan sebesar ini di akar umbi. Sebagai seorang yang telah lama terlibat dalam politik, saya boleh katakan ini adalah sokongan yang sangat luar biasa. Rakyat Sarawak, tidak kira di kawasan bandar mahupun luar bandar, semakin teguh menyokong kerajaan GPS dan Abang Johari.

“Segala usaha yang dibawa oleh Abang Johari untuk manfaat Sarawak amat dihargai. Saya berharap kerajaan GPS akan terus maju dan memberi impak positif kepada negeri ini,” tambahnya.

Untuk rekod, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak sejak 13 Januari 2017 hingga kini, selepas Allayarham Tun Pehin Sri Adenan Satem.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan