Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah import eksport komoditi China menyaksikan peningkatan lima peratus pada 2024 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, dengan mencecah RMB43.85 trilion (RM26.98 trilion) yang merupakan rekod baharu dalam sejarah. Foto hiasan Envato

Jumlah import eksport komoditi China 2024 meningkat 5 peratus tahun ke tahun

ByBernama

BEIJING 13 Jan: Jumlah import eksport komoditi China menyaksikan peningkatan lima peratus pada 2024 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, dengan mencecah RMB43.85 trilion (RM26.98 trilion) yang merupakan rekod baharu dalam sejarah.

Data rasmi daripada Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GAC) pada Isnin menunjukkan eksport meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RMB 25.45 trilion (RM15.66 trilion), mengekalkan pertumbuhan selama lapan tahun berturut-turut manakala import pula berkembang 2.3 peratus dengan menokok RMB18.39 trilion (RM11.31 trilion).

Dasar rangsangan dan insentif baharu yang diperkenalkan oleh China pada 26 September 2024, memainkan peranan penting dalam mendorong perdagangan luar pada suku keempat 2024 meningkat sebanyak 0.4 mata peratusan berbanding suku ketiga, dengan menokok RMB11.51 trilion (RM7 trilion), rekod tertinggi bagi tempoh satu suku tahunan.

Pada Disember 2024, import dan eksport bulanan China melonjak ke paras RMB4 trilion (RM2.46) buat kali pertama dengan kadar pertumbuhan meningkat kepada 6.8 peratus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan