Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto JOHOR Southern Tigers (FB)

JDT lakar sejarah rekod kemenangan ke-29 berturut-turut

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi melakar sejarah dengan merekodkan kemenangan ke-29 berturut-turut di laman sendiri dalam saingan Liga Super sejak 24 Jun 2022, selepas menewaskan Sabah FC, Sabtu lalu.

Kemenangan 4-0 yang dicatatkan di gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Ibrahim, menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super musim ini.

JDT, menerusi kenyataan di laman Facebook kelab itu, memaklumkan bahawa kejayaan tersebut sekali gus memecahkan rekod sendiri yang diiktiraf oleh ‘Malaysia Book of Records’ pada 19 Julai 2019, iaitu kemenangan berterusan paling banyak sebanyak 28 perlawanan.

Pada 2019, sebuah media tempatan melaporkan JDT mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya pasukan dalam negara yang berjaya menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) selepas menjuarai Liga Super selama enam kali berturut-turut.

Skuad Harimau Selatan itu mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, bermula tahun 2013 hingga 2017 dan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan liga pada musim 2016. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan