Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Imigresen Kelantan tahan sembilan pendatang asing

ByBernama

KOTA BHARU, 13 Jan: Jabatan Imigresen Kelantan menahan sembilan pendatang tanpa izin dalam operasi penguatkuasaan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini Jumaat lepas.

Pengarah Imigresen Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata kesemua pendatang itu ditahan di sekitar laluan Kok Lanas-Ketereh dalam operasi yang turut melibatkan penguat kuasa Majlis Daerah Ketereh.

Beliau berkata pendatang yang ditahan itu membabitkan empat warga Thailand termasuk dua wanita dan lima lelaki warga Myanmar berusia dalam lingkungan antara 22 hingga 48 tahun.

“Kesemua pendatang ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dalam pada itu meminta orang awam menyalurkan maklumat berkaitan pendatang atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan