Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadhlina bercakap dalam sidang media selepas hadir pada Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2025 di ibu negara hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Dasar Pendidikan Wajib Sekolah Menengah dibentang di Parlimen tahun ini

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Dasar Pendidikan Wajib Sekolah Menengah yang sedang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan, kata Fadhlina Sidek.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, langkah itu diambil bagi mengatasi isu ketidakhadiran dan keciciran dalam kalangan pelajar di negara ini terutamanya membabitkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Langkah ini (akan) dilaksanakan dengan sebaik mungkin bagi mengatasi isu-isu yang berkait rapat dengan ketidakhadiran, keciciran dan juga peningkatan kualiti pendidikan negara.

“Ia (dijangka) akan dibentangkan sama ada pada Februari atau pertengahan tahun ini di Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2025 di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Pelan baharu perkukuh sistem pendidikan, penuhi keperluan masa depan – Fadhlina

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan kehadiran rendah calon SPM pada tahun ini, Fadhlina berkata pihaknya meminta tempoh sehingga semua kertas peperiksaan tamat pada 6 Februari depan bagi membolehkan KPM membuat rumusan tepat.

“Jumlah yang digembar-gemburkan (kerana perkara) itu masih belum matang.

“Sekarang ini, kita sedang lakukan segala tindakan untuk pastikan pelajar-pelajar yang terlibat hadir mengambil peperiksaan. Kita juga ingin memberikan peringatan kepada ibu bapa agar mengambil tanggungjawab berkaitan kehadiran anak-anak mereka kerana SPM ini sangat penting,” jelasnya.

Pada awal bulan ini, Fadhlina berkata, kementerian masih dalam proses mengemas kini peratusan kedatangan memandangkan terdapat kira-kira 10,000 calon yang belum mengesahkan kehadiran. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan