Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadhlina hadir pada Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2025 di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS)

Bantuan Awal Persekolahan RM150 disalurkan hari ini – Fadhlina

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 yang disalurkan mulai hari ini akan diperluas kepada semua bank.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pemberian secara one off itu akan dikreditkan sama ada ke akaun ibu bapa, penjaga atau pelajar.

“Kita sudah mulakan perluasan pada tahun ini, sekali gus memperlihatkan komitmen kita (KPM) dalam memastikan semua pelajar menerima manfaat yang sama. Kita akan teruskan BAP ini dari tahun ke tahun,” katanya.

Integriti SPM dijaga, libatkan maruah negara – Fadhlina

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2025 di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada itu, Fadhlina meminta pihak sekolah yang menguruskan BAP untuk sentiasa mematuhi Arahan Perbendaharaan supaya semua proses agihan berjalan lancar.

“Kalau ada pelanggaran, kita minta aduan disampaikan kepada KPM untuk siasatan dan tindakan akan kita akan ambil.

“(Bantuan) RM150 itu adalah hak anak-anak (pelajar),” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan